Saturday, September 4, 2010

Kuih Raya

Pagi ni dah dua jenis kuih aku buat..ahaks!!jangan tak percaya air tangan aku mampu menawan hati mak dan ayah...jangan terkezut ye even kadang-kadang aku ni kira malas jugak tapi aku buat jugak seronok jugak rasanya buat kuih raya ni.buat kuih raya sampai tak hengat dunia la katakan..esok nak buat kuih raya lagi..rumah aku ni kalau beli je kuih raya tu memang la tak cukup...mana taknya, nak bawak balik rumah opah,nak bagi sedara mara lagi,aku and adik aku lagi nak bawak balik bagi kengkawan...Cerita pasal kuih raya,aku tertido masa tunggu kuih tu tengah bakar,yang paling best skali kan tido kat dapur,masa tu kuih dalam oven and aku baru lepask salut kan biskut oat coklat aku dengan susu tepung,dengan tangan penuh dengan susu selamber jer aku tido...huh!nyaris-nyaris rentung kuih aku,iskk...terlebih 10minit bakarnya tu..Masyaallah rasanya,,pahit wo!sorry mak tak sengaja,maafkan anakanda di atas keterlanjuran ku..ahaks!!esok harap-harap aku tak tdo lagi dkt dapur..

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan

Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan buat saudara seagama..Dalam tak sedar ramadhan ni dah semakin hampir ke penghujungnya.Sedar-sedar tak sedar dh 22 hari kita berpuasa.Hurm...Macamana dengan puasa anda??ada yang tertinggal ke?Ingat lah kawan-kawan kalau ramadhan ni yang terakhir buat kita semua,terasa sangat rugi kalau tak menikmati bulan indah ni...Dalam menjalani ibadah puasa ni aku nak kongsi sikit cerita mengenai diri aku ....ada orang kata aku dah kurus sikit tapi sikit la.aku tak tau la plak kebenaranya ..hehe..betul ke???ke sengaja nak ambik hati aku je...hahah...jgn main-main tau...haha...bulan puasa ni betul-betul uji kesabaran dengan cuaca yang panas dan kadang-kadang tu hujan..cuaca tak menentu ni...bila panas jalan pergi kelas aku rasa kaki aku macam dah terbakar.tp panas tu tak sepanas api neraka kan??Dugaan betul bulan puasa ni..iskk..iskk...Apa la aku nak buat kan tu semua kuasa Allah,kita sebagai hambanya kena la terima dengan hati yang redha dan ikhlas,..jangan nak merungtu tak baik tau..

HOW TO GET GIRLFRIEND???

To get a girlfriend is one of the hardest accomplishments for many men, even pickup artists. So the question remains, how do you get a girlfriend? If you’ve yet to meet women, you should do that first. This guide is for guys or pickup artists who are casually involved with a woman and want them as their girlfriend. Because hey, once you meet a cool woman, you should learn how to keep her.

Step 1: How To Get A Girlfriend

First, you must understand that what works with pickup, does not necessarily work when you want a girlfriend. You should understand that on the whole, you need to be less “jerky” and more understanding in a few areas. I’m not advocating turning into a wuss and doing everything your girlfriend wants, far from it. I’m saying, if you want a girlfriend, you should start doing the things that a girlfriend expects. Share more feelings with her, open up with her on a less superficial level, and spend more time pleasing her into the bedroom than just yourself. A quote from Neil Strauss, “If you want a woman to be your girlfriend, then make sure she has a constant supply of orgasms. If you’re missing that, then your girlfriend will likely leave soon.”

Step 2: How To Get A Girlfriend

Second, you should definitely start involving her with other parts of your life. If you start seeing a woman three or more times a week you should realize that she might expect more than just a casual hookup. This is in your court, so don’t make the mistake of saying “shes getting real clingy” when you’ve clearly been giving her those signals yourself. When you start to invite her to activities with your family, friends or work, you should realize that you are sending this woman signals that you want her to be your girlfriend.

Step 3: How To Get A Girlfriend

Third, you should now start putting off the vibe that she’s more important to you than before. If you want a woman to be your girlfriend, start treating her the way a woman should be treated in public. There’s no harm in being honest, and this is actually a super alpha male trait. By being honest with her, by saying something like, “I think you’re great. If I play my cards right, you’ll trick me into having you as my girlfriend.” (With a BIG smile) Gauge the interactions, you can usually feel when a commitment of some sort is about to hit the fan.
Lastly, be mellow about the whole situation. Never act clingy – this is a unattractive quality that comes from scarcity and jealously. Let her bring up the girlfriend situation by herself. Trust me, if you’re providing value to her life, she’ll want to be your girlfriend. Give this at least a few months of dating, and never be predictable during that time. Follow the basic rules of pickup, until you’re ready for the commitment of having her as your girlfriend. Then when you’re ready come back and follow these rules to get a girlfriend.

Rehal Ramadan: Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.
Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.
Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.
Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.

Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.
Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.
Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.
Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.
Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
 



Petikan dan Sumber:
Berita Harian 16 Oktober 2004


Tuesday, August 24, 2010

Kisah Rasul: Pemuda Beribu Bapa Babi

Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tiada pada nabi lain.



Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Selepas beberapa hari dalam perjalanan, Nabi Musa sampai ke tempat itu dan dengan pertolongan beberapa penduduk, Baginda bertemu dengan orang itu. Selepas memberi salam, Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke bilik dan melakukan sesuatu di dalam sebelum keluar dan membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Selepas itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu," Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka babi, aku tetap melaksanakan tugasku.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi Allah belum memakbulkan," tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti kerana berbakti kepada ibu bapanya. “Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka, Kami pindahkan ke syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke neraka pindah ke syurga. Ini hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.





Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu bapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.





Doa anak yang soleh akan membantu ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan ibu bapa di alam kubur.





Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak kepada ibu bapanya ialah dengan doanya supaya mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.