Disediakan Oleh :Allia Yunus
Pagi tadi masa aku tengah dok breakfast dengan kak sarah,epie n fad kami dok cerita pasal zaman-zaman sekolah rendah. Haish! rindunya saat tu..
Aku ingat lagi, masa sekolah dulu aku suka beli getah pemadam. sebabnya nak main lawan pemadan dengan kawan-kawan aku. aku sanggup jimatkan duit belanja makan aku untuk beli pemadam tu. aku ingat lagi dekat sekolah rendah aku tu dulu ada jual pemadam 4segi yang ada bendera negara-negara tu kan,ahaha pemadam tu la yang aku beli..aku ingat kan sekolah aku je ada jual benda alah tu rupanya dekat sekolah Fadh pun ada jugak.
Masa mula-mula masuk standard one aku memang sangat pemalu orangnya and penakut, Bayangkan arwah tok wan aku yang teman aku masuk kelas dan dia akan tunggu dkt belakang kelas smpai habes kelas. kesian wan time tu bayangkanlah dari pukul 7.30am smpai pukul 12pm..cuba kira berapa lama dia kena tunggu lama kan? Tapi time tu dia je yg dapat teman aku, mak di rumah urus rumah tangga ayah pulak kat tempat kerja, jadi wan lah yang banyk teman aku. Sebenarnya wan bukan sekadar teman aku di sekolah, tapi masa dkt tadika kemas tu pun sama, wan tetap tunggu aku. Wan duduk dekat kedai kopi and kerja part time kat situ smpai la aku abes tadika. Dari mula masuk tadika hingga habes tadika. Sama jugak time standard one dari masuk sampai habes standard one wan tetap tunggu aku.
Masa sekolah rendah dulu aku dapat duit belanja 50sen je. Tapi time tu 50sen cukup nak makan nasi dan beli air sirap segelas. Memang berbaloi.kadang-kadang tu boleh simpan lagi. Tapi sekarang 50sen tu dah tak bernilai bagi budak-budak sekolah sekarang. Aku tengok adik aku sendiri, yang lelaki, pagi sekolah RM3-RM5 duit blanjanya, tu belum masuk sekolah petang. Dia ckp tak cukup kalau bagi RM1, tp memang tk dinafikan memang tk cukup. Masa sekolah rendah dulu bila dah masuk standard 4 ayah dah mula bagi RM1 smpai la aku darjah 6 aku dapat RM1 tapi masa tu RM1 tu sangat besar nilainya. Aku bersyukur walaupun hanya RM1 aku dapat belajar erti sebuah kehidupan. Ayah dan emak dah banyak tolong, didik dan asuh aku. TERIMA KASIH. Adik aku yang bongsu si baby tu duit blanja RM2-RM3 sehari. Adik-adik ku jangan lupa jasa dan pengorbanan mak dan ayah kita.
Masa sekolah rendah aku ada beli pensil color LUNA Staedler uish time tu sape pakai pensil color tu memang nampak mega la..paling best bila mak belikan aku pensil color tu ada 42 batang..dalam kelas aku,aku sorang je pakai pensil color sebanyak tu. Bila time kawan-kawan nak pinjam aku tak bagi asah. tk kisah la boleh pakai ke tk.kalau nak sharpen jugak biar aku yang buat. Bila keluarkan pensil color tu dari kotak make sure letak balik di tempat yang sama. Haha.. yang paling best letak Alif Lam Lam Ha (ALLAH) supaya orang tak curi. Kat bawah ni la contoh LUNA kesayangan aku. Pensel LUNA aku masih ada simpan walaupun kotak dh tkde,walapun dh jadi pendek.Aku simpan lagi sebab very sentimental value lagipun adik-adik aku tknak pakai lagi barang 'lama'ni. Tak kisah ke lama ke tak yang peting bernilai bagi aku. Mak aku dulu rajin belikan aku benda-benda ni sume.
Sampai sini saja, lepas ni aku akan cerita lagi..tunggu ye kawan-kawan
Friday, September 24, 2010
LANGKAH AWAL JIKA DIROGOL
Disediakan Oleh :Allia Yunus
Ada beberapa panduan jika wanita berada dalam bahaya dan dirogol seperti dinyatakan dalam laman web Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol:
Ada beberapa panduan jika wanita berada dalam bahaya dan dirogol seperti dinyatakan dalam laman web Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol:
- Jangan membersihkan diri. Walaupun gerak hati mahu membersihkan diri, elak berbuat demikian. Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubahan. Mungkin terdapat cecair, kesan air mani, lumpur, debu dan helain rambut yang boleh dijadikan bukti penting.
- Pergi ke bilik kecemasan di hospital kerajaan. Doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda dan kawasan kemaluan termasuk pakaian. Anda diminta mengisi borang kebenaran untuk pemeriksaan yang akan dijalankan dan maklumat pemeriksaan itu akan digunakan dalam penyiasatan.
- Anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor sakit puan wanita jika kurang selesa untuk diperiksa doktor lelaki. Stad hospital harus memberitahu pihak polis mengenai kejadian yang menimpa anda. Seorang pegawai polis wanita akan mengambil maklumat laporan anda di hospital. Jika anda ke balai polis terlebih dalu, seorang pegawai polis wanita akan mengambil laporan anda dan menemankan anda ke hospital. Selepas laporan yang pertama, satu kenyataan bertulis lebih terperinci akan diambil. Anda mungkin akan diminta untuk menghadiri sesi mengenal pasti penjenayah
- Menghubungi pertubuhan wanita. Anda mungkin memerlukan kaunseling dan sokongan.
Subscribe to:
Posts (Atom)