Friday, September 24, 2010

LANGKAH AWAL JIKA DIROGOL

Disediakan Oleh :Allia Yunus


Ada beberapa panduan jika wanita berada dalam bahaya dan dirogol seperti dinyatakan dalam laman web Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)


Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol:


  • Jangan membersihkan diri. Walaupun gerak hati mahu membersihkan diri, elak berbuat demikian. Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubahan. Mungkin terdapat cecair, kesan air mani, lumpur, debu dan helain rambut yang boleh dijadikan bukti penting.


  • Pergi ke bilik kecemasan di hospital kerajaan. Doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda dan kawasan kemaluan termasuk pakaian. Anda diminta mengisi borang kebenaran untuk pemeriksaan yang akan dijalankan dan maklumat pemeriksaan itu akan digunakan dalam penyiasatan.


  • Anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor sakit puan wanita jika kurang selesa untuk diperiksa doktor lelaki. Stad hospital harus memberitahu pihak polis mengenai kejadian yang menimpa anda. Seorang pegawai polis wanita akan mengambil maklumat laporan anda di hospital. Jika anda ke balai polis terlebih dalu, seorang pegawai polis wanita akan mengambil laporan anda dan  menemankan anda ke hospital. Selepas laporan yang pertama, satu kenyataan bertulis lebih terperinci akan diambil. Anda mungkin akan diminta untuk menghadiri sesi mengenal pasti penjenayah


  • Menghubungi pertubuhan wanita. Anda mungkin memerlukan kaunseling dan sokongan.

No comments:

Post a Comment