Thursday, November 11, 2010

Aku juga berhak Bahagia

Disediakan Oleh :Allia Yunus


Bila bercerita tentang bahagia,berbagai tafsiran dapat diberikan. Ada bahagia kerana cinta ada juga kerana harta,ada kerana kerjaya dan bermacam-macam lagi lah..Bila bahagia ni,lain orang lain definisinya.Bagi aku..tu bagi aku lah bahagia bila aku ada orang di sekeliling yang menyayangi aku.Tapi aku kecewa andai di sekeliling aku caci,herdik dan hina aku.Sebab bahagia tu milik semua,aku berhak untuk bahagia.Aku pernah di hina,di maki.Aku diam kan diri,sampai air mata aku mengalir deras macam air hujan yang sedang lebat turun dekat rumah aku ni.Saat aku meluahkan hal ini,air mata ini tetap mengalir.Apa salah aku sampai kau tegar menghina,mengherdik aku?Dosa apa aku pada engkau?Aku berhak untuk bahagia,aku juga berhak untuk cinta.Tuhan berikan aku cinta aku juga berhak bahagia berikan restuMU.


Aku ingin pilih jalan cinta aku sendiri.Cinta yang di cari akan pergi,cinta yang datang tanpa dipinta,Insyaallah bahagia.Jadi cinta kau datanglah dengan sendiri,aku serik untuk mencari cinta lagi.Aku ingin bernafas di bumi ini dengan cinta dan bahagian yang ikhlas dan tulus.Bukan bahagia dan cinta paksaan. 


Aku berhak untuk menerima cinta yang tulus. Aku berhak untuk bahagia.Aku perlukan seorang insan pembimbing,bukan perosak diri ini. Aku tak sanggup lagi mengalirkan air mata ni. Cukup penat setiap kali air mata ini tumpah ke bumi.Terasa kosong jiwa,terasa sesak jantung aku. 


Aku tahu siapa diriku,aku tahu di mana kedudukan aku.Tapi kita semua hanya manusia biasa,yang tak lepas dari melakukan silap.Setiap itu Allah telah ciptakan kelebihan dan kekurangan. Begitu juga aku.Aku hanya manusia biasa.Tak berhak untuk dinilai dari luaran sahaja.