Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum.Ahlan Ya Ramadhan...Ramadhan kembali menjelma.Alhamdulillah,aku masih bernafas untuk meneruskan tanggungjawab aku sebagai hambaNYA.Aku rindu Ya Allah.Arwah Atok pergi sehari sebelum puasa.Dah lebih 10 tahun Atok pergi..Sehari sebelum puasa Atok breakfast tiba-tiba Atok tercekik ,atok tersungkur di sink..Opah riba Atuk,Opah sempat mengajar Atok untuk mengucap.Mak Yang cerita semua ni pada aku. Aku masih ingat seminggu sebelum Atok pergi aku dan keluarga balik kampung ..Hari aku nak balik rumah aku,Atok tak bagi aku dan keluarga balik.Dia mintak kami tunggu,tapi terpaksa balik sebab ayah kerja..Aku tak sangka Atok pergi tinggalkan kami.Ya Tuhan,aku rindukannya..Tapi aku redha..kerna Engkau lebih menyayanginya .Atok,Alia doakan Atok bahagia di sana.Al;fatihah untuk Atok..Semoga roh Atok sentiasa dirahmati oleh NYA...

Friday, July 29, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

Prepared by: Allia Yunus

Sinar Harian,Jumaat 29 Julai 2011

Aku nak kongsi yang tercatat di dalam Sinar Harian versi Utara mengenai Kelayakan Piala Dunia 2014 ,yang menyaksikan Malaysia menentang Singapura di dalam perlawan timbal-balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011.Di bawah adalah rangkuman :

Rangkuman 90'

Separuh masa pertama
*Malaysia 0 Singapura 0

2'- Shi Jayi diberikan kad kuning
3'- Cubaan Shi Jayi untuk menjaringkan gol tidak menjadi
5'- Singapura mendapat sepakan percuma namun tidak menjadi
7'- Malaysia mensia-siakan sepakan percuma namun tidak menjadi
14'- Cubaan gol Singapura tidak menjadi
21'- Mohd Muslim menggantikan Aidil Zafuan yang tercedera di bahagian lutut
26'- Ismail Faruki melalukan percubaan gol namun berjaya dihalang oleh barisan pertahanan Singapura
27'- Singapura mendapat tiga kali sepakan sudut
30'- Daniel Bennet diberikan kad kuning
32'- Penjaga gol Singapura mengadu dipancarkan laser
37'- Shi Jayi tercedera dan dibawa keluar dari padang
45'- Masa tambahan 3 minit untuk masa pertama

Separuh masa kedua
*Malaysia 1 Singapura 1

46'- Singapura hampir-hampir menjaringkan gol namun berjaya disekat oleh Khairul Fahmi
47'- Pemain Singapura Shaiful Esah dilayangkan kad kuning
57'- Gol pertama Malaysia oleh Safee Sali
60'- Ismail Faruki tercedera dan digantikan dengan K.Gurusamy
69'- Ahmad Fakri Shahraini menggantikan Hadi Yahya
71'- Shi Jayi menjaringkan gol untuk Singapura
74'- Pemain Singapura Fazrul Nawas menggantikna Sharil Ishak
82'- Ahmad Fakri dikenakan kad kuning
90'- Penjaga gol Singapura, Izwan Mahmud dikenakan kad kuning kerana cuba melengahkan perlawanan dengan lakonannya dan tambahan masa 5 minit untuk separuh masa kedua
93'- Fakhri Shahrani dilayangkan kad merah
95'- Singapura meraikan kemenangan selepas berjaya mengalahkan Malaysia dengan agregat 4-6.

p.s:  Singaporean!i give u one reminder! NEXT TIME PRACTICE HOW TO BE A GOOD ACTOR IN THE FIELD!because you are so into hell!

Thursday, July 28, 2011

Kisah kehidupan

Prepared by: Allia Yunus'

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua ..Sedang sibuk kemas-kemas rumah tetiba rasa nak update blog..hurm..dah lama kering idea ..got nothing to up!but its okay...not a big deal...I was thinking about Ramadhan.Lagi beberapa hari je Ramadhan akan menjelma. Dan mula lah diri ni bermonolog.Antara monolog-monolog itu:

  1. Cukupkah amalam hidup aku?
  2. Sempat ke nak menghayati Ramadhan kali ni?
  3. Kalau aku bersalah dengan orang,orang tu dah ke maafkan aku?
  4. Kalau ini Ramadhan terakhir aku?
  5. Sempat ke menghabiskan Ramadhan kali ni?
  6. Kuatkah iman ku?
Uh!itulah monolog diri...aku yakin ramai lagi yang akan bertanya begini pada diri. Sedar tak sedar dah lebih 20 tahun aku hadir di bumi yang dipinjamkan seketika olehNYA..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih penghayatan buat aku..

p.s: Ramadhan kau hadir menyempurnakan hidup ku.....
Harapan Ramadhan

Tuesday, July 19, 2011

Jika belum siap...Cintailah Dia Dalam DIAM

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum..selamat pagiiiiiiii..uish!dah lama tak menjengukkan jari-jemari ke sini...Sedang enak melayan facebook...terbaca ini di dalam wall housemate aku...Sila baca dan hayati bersama :)


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

p/s: Diamlah kerana diam itu adalah dari sendi-sendi kebijaksanaan. Setiap orang ada jodohnya masing-masing. Besabarlah sebelum tiba waktunya. Kerana orang yang bersabar pasti ada kejayaan dan keberkatan di sebalik kesabarannya.

Saturday, July 9, 2011

Doa untuk ibu bapa

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum...Dekat sini aku nak share doa untuk ayah dan bonda kita...semoga menjadi amalam bersama...

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan  dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya  didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


Terima kasih kepada yang berkongsi..

p/s: ayahanda,bonda,,,terima kasih di atas segalanya...ampunkanlah segala dosa-dosaku selama hayat ku ini....

Luahan hati wanita....


Prepared by: Allia Yunus

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu


.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.


Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda



.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai



.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya
. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.




Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.




Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Saturday, July 2, 2011

Imam Muda

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum...Imam Muda musim ke-2 telah pun melabuhkan tirainya pada 1 Julai 2011..Tahniah buat semua Imam Muda yang telah menamatkan sesi pengajian untuk mendapatkan pentauliahan sebagai Imam ..Imam Muda anda memengang amanah seluruh umat Islam..Doaku akan mengiringi perjalanan hidup kalian.Semoga kalian terus berjuang di dalam menegakkan Islam..Amin..Amanah ini adalah amanah yang amat besar...Sekalung tahniah buat Imam Muda Hassan kerana telah menjadi Imam Muda unggul pada musim kali ini.Imam Muda Nazrul walaupun anda tidak menjadi juara..anda tetap Imam Muda Unggul..Kalian semua adalah Imam Muda..harapan agama,bangsa dan negara....

http://www.youtube.com/watch?v=cjejFfov_sM&feature=player_embedded#at=36