Monday, June 6, 2011

Jenayah!

Prepared by: Allia Yunus

http://www.nst.com.my/nst/articles/11watch/Article/..Kalau dah dalam rumah pun kena bunuh.dekat mana lagi kita boleh tinggal.Kalau dekat luar jadi mangsa jenayah rambang?dekat mana lagi kita nk menetap?takut duduk dalam rumah sendiri?Nak keluar jadi mangsa jenayah lagi?haish!sabor je la...

got no idea!

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum!Morning everyone...whats up?hope everything ok :)..Tengah buat apa tu?Blues monday erk?tkpa-takpa,biasalah tu..eheh...Uish dah lama tk update blog aku ni.Hurm bukan taknak update tapi still lost!I got no idea!damn...seriously hate this feeling!huh..ok let me find some idea than i'll update ok! adiossssssssss
(au revoir)

Thursday, May 19, 2011

Rahsia Mendapat Anak Yang soleh

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum dan selamat pagi... Mulakan hari mu dengan senyuman.Mudah-mudahan senyuman itu mampu menyembuhkan penyakit,mengurangkan bebanan (=.

Pagi ni aku nak kongsi satu artikel yang menarik untuk para ibu dan bapa.Serta buat bakal ibu,bakal bapa....Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu...

Sebelum tu Credit to I Luv Islam.com serta Prof. Madya Dr.Norita Md Norwawi

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]

Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

  • Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
  • Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, janganunder estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.
  • Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
  • Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
  • Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Akhir kalam :

"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."


Biodata Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi

Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah mengambil pengajian ijazah sarjana muda di University of New South Wales Australia (Sains Komputer), sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (Sains Komputer) dan PhD di Universiti Utara Malaysia (Artificial Intelligence)


Semoga artikel ini dapat dikongsi dan dijadikan panduan untuk kita bersama...


Foot note: Semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh suatu hari nanti...amin..

Wednesday, May 18, 2011

Cerita orang muka ketat!

Prepared by: Allia Yunus

Ok.aku nak cerita la pasal penghulu ni...dekat kawasan aku.Ceritanya begini,dah banyak kali parent aku jumpa mereka-mereka ini untuk mendapatkan pengesahan!So,kenalah jumpa mereka...Nak jadikan ceritanya adalah mengenai orang-orang begini yang muka mereka ketat tahap (malas aku nak sebut tahap apa) pikirlah sendiri!

Aku nak ingatkan kepada manusia begini,jangan pandang rendah pada kami.Apa kau ingat kami ni binatang nak layan dengan muka ketat tu!

Hey,jangan ingat kami ni bodoh.Ye aku tau kebanyakkan yang nak dapatkan pengesahan penghulu ni datang dari kawasan kampung.Tak bermakna orang kampung ni boleh dilayan macam tu. Sebab siapa pun mereka,mereka tetap manusia..Cuba lah mesra alam sikit,ni masuk-masuk muka dah ketat cam apa je.Aku angin jugak lah,sebab selalu jugak jumpa dengan manusia cam ni.

Walaupun datang dari kampung,ramai je manusia dekat Malaysia ni datang dari kampung jadi orang berjaya..Ntah-ntah manusia yang muka ketat ni pun datang dari kampung jugak,tapi sebab dah rasa diri tu manusia hebat tu yang sanggup nak pandang rendah dekat orang lain.Tapi tak kisahlah dari mana pun datangnya,kita sama-sama manusia.Apa salahnya berbaik-baik. Encik penghulu,dah banyak kali hal ni terjadi,tapi sebab diamkan je tu yang buat hal lagi kan?betul tak?aku harap ada manusia macam ni baca entri aku kali ni.Sumpah!aku bengang gila!sedar la diri tu sedikit!Jangan suka-suki mak bapak hang je nak pandang,nak layan cam tu! Ikut kan hati,aku nak je buat aduan kepada yang berwajib.Sebab budi bahasa ni budaya kita wahai rakyat malaysia..Berbudi la bila berkomunikasi.Macamana nak dapat respect daripada orang kalau dah muka ketat?Cuba pikir?Muka ketat,rezeki pun susah nak masuk.Senyum tu kan sedekah.So,senyum tu senang je nk dapat pahala..Wahai encik,renung-renungkanlah dan selamat beramal..Susah sangat ke nak beramah-mesra.Slogan budi bahasa budaya kita tu apa guna?Kerajaan buat kempen tu bukan untuk suka-suka,tapi nak sedarkan kita insan sekalian.Gunakan slogan tu sebagai amalan.Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga..

Peringatan kepada yang berkenaan dan seluruh jagat: jadikan mesra alam tu satu amalan.walaupun sekadar berpada-pada...Senyum lah,tau tak manis bila kita senyum :) so,senyum lah selalu....


Foot note: Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.


Phishing

Prepared by: Allia Yunus''

Hari ni aku nak sambung cerita pasal internet lagi.Semalam aku cerita pasal hacker,sekarang nak cerita pulak pasal phishing..Phishing bukan fishing ok :)...

Dekat bawah ni aku letak sedikit info mengenai phishing,so boleh lah anda jadikan ia sebagai panduan semasa menggunakan internet ok =)

Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam. Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website. Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal.

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.

Jika anda menerima emel yang meminta supaya menukar katalaluan akaun bank anda, berhati-hati kerana ia mungkin satu perangkap.

Berikut salah satu contoh emel phishing:

Dear Valued Customer,

Due to maintenance during the Sunday 12 November 2006, The Maybank Technical Department is performing a scheduled software upgrade to improve the quality of the online banking services. By clicking on the link below you will begin the procedure of the customer details confirmation.

https://www.maybank2u.com.my/mbb/scripts/mbb_update.jsp?do=Update

Once you have updated your account records, your Maybank account service will not be interrupted and will continue as normal.


Sebaik sahaja anda klik pautan diatas, anda akan dibawa ke laman web palsu yang sama rekabentuknya seperti laman web rasmi:

Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing.

E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk melakukan serangan phishing. Dalam banyak kes kita mendapat e-mel palsu yang tampaknya telah datang dari laman yang dipercayai. di sini seorang penggodam boleh meminta pengguna untuk mengesahkan username dan password dengan membalas ke alamat e-mel yang diberikan.

TEKNIK SERANGAN PHISHING


1. Pautan Manipulasi

Sebahagian besar kaedah phishing menggunakan beberapa bentuk penipuan teknikal yang direka untuk membuat link dalam e-mel yang kelihatan seperti milik beberapa pertubuhan yang dipercayai atau organisasi palsu. URL yang salah ejaannya atau penggunaan subdomain adalah trik umum digunakan oleh phisher, seperti contoh URL dibawah:

www.micosoft.com

www.mircosoft.com

www.verify-microsoft.com

dan bukannya www.microsoft.com


2. Filter Evasion

Phisher telah menggunakan gambar (bukan teks) yang membuatkan ia lebih sukar untuk anti-phishing mengesan teks yang umum digunakan dalam e-mel phishing. Ini adalah alasan Gmail atau Yahoo akan mematikan gambar secara default untuk emel yang masuk.


Bagaimanakah rupa serangan phishing/scam?

Apabila kaedah penipuan menjadi lebih canggih, begitu jugalah mesej e-mel dan tetingkap pop up yang telah dicipta. Mereka sering memasukkan logo rasmi dari organisasi nyata dan maklumat pengenalan lain yang diambil secara terus dari laman web yang sah.