Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tiada pada nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Selepas beberapa hari dalam perjalanan, Nabi Musa sampai ke tempat itu dan dengan pertolongan beberapa penduduk, Baginda bertemu dengan orang itu. Selepas memberi salam, Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke bilik dan melakukan sesuatu di dalam sebelum keluar dan membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Selepas itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu," Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka babi, aku tetap melaksanakan tugasku.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi Allah belum memakbulkan," tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti kerana berbakti kepada ibu bapanya. “Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka, Kami pindahkan ke syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke neraka pindah ke syurga. Ini hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu bapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Doa anak yang soleh akan membantu ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan ibu bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak kepada ibu bapanya ialah dengan doanya supaya mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Tuesday, August 24, 2010
Kisah Rasul: Nabi Yusuf Tafsir Mimpi
Dia bermimpi seakan-akan melihat tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus. Di samping itu dia melihat dalam mimpinya tujuh butir gandum hijau di samping tujuh butir lain yang kering.
Tidak seorang pun daripada pembesar yang didatangkan itu yang dapat memberi tafsiran bagi mimpi raja itu bahkan sebahagian daripada mereka menganggapnya mimpi kosong. Pelayan raja, pemuda teman Yusuf dalam penjara, pada masa pertemuan Raja dengan tetamunya, kemudian teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia akan dikeluarkan dari penjara dan bahawa tafsir yang diberikan oleh Nabi Yusuf bagi mimpinya adalah tepat.
Ia terjadi sebagaimana yang ditakdirkan. Lalu dia memberanikan diri menghampiri raja dan berkata: “Wahai tuanku! Hamba mempunyai seorang teman kenalan di dalam penjara yang pandai mentafsir mimpi. Dia adalah seorang yang cekap, ramah dan berbudi pekerti luhur. “Dia tidak berdosa dan tidak melakukan kesalahan. Dia dipenjara kerana fitnah dan tuduhan palsu. Dia memberi tafsiran bagi mimpiku sewaktu hamba berada dalam tahanan bersamanya.
“Ternyata tafsirannya tepat dan benar sesuai dengan apa yang hamba alami. Jika Tuanku berkenan, hamba akan pergi mengunjunginya di penjara untuk menanyakan dia berkenaan mimpi tuanku.” Dengan izin Raja, pelayan itu pergi mengunjungi Nabi Yusuf dalam penjara. Dia menyampaikan kepada Nabi Yusuf kisah mimpi raja.
Tidak seorang pun daripada anggota dan penasihatnya dapat memberikan tafsiran yang dapat melegakan hati raja berkenaan. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf bahawa jika raja berpuas hati dengan tafsir mimpinya, mungkin dia akan dikeluarkan dari penjara. Dengan demikian akan berakhirlah penderitaan yang dialami selama bertahun-tahun Nabi Yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf menguraikan mimpi Raja: “Negara akan menghadapi masa makmur, subur selama tujuh tahun, di mana tumbuh-tumbuhan dan semua tanaman gandum, padi dan sayur-mayur akan mengalami masa menuai yang baik yang membawa hasil makanan berlimpah-ruah.
“Kemudian masuk musim kemarau selama tujuh tahun berikutnya di mana Sungai Nil tidak memberi air yang cukup bagi ladang yang kering, tumbuh-tumbuhan dan tanaman rosak dimakan hama sedang persediaan bahan makanan, hasil tuaian selama bertahun subur sudah habis dimakan.” Akan tetapi, Nabi Yusuf melanjutkan keterangannya, setelah mengalami kedua musim tujuh tahun itu akan tibalah tahun basah di mana hujan akan turun dengan lebatnya menyirami tanah yang kering dan kembali menghijau menghasilkan bahan makanan dan buah-buahan yang lazat.
Maka jika tafsiranku ini menjadi kenyataan, Nabi Yusuf berkata: “Seharusnya kamu menyimpan baik-baik apa dihasilkan dalam tahun-tahun subur serta berjimat dalam pemakaiannya untuk persiapan menghadapi masa kering, agar supaya rakyat terhindar daripada bencana kelaparan dan kesengsaraan.” Apa yang diceritakan nabi Yusuf berkenaan mimpinya, berasakan bahawa tafsir yang didengar itu masuk akal dan boleh dipercayai.
Apa yang diramalkan Yusuf menjadi kenyataan. Tafsiran Nabi Yusuf adalah tepat kerana dia seorang yang pandai dan bijaksana dan sangat berguna untuk negara. Maka raja menyuruh pelayannya ke penjara untuk membawa Yusuf menghadapnya di istana. Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai orang tahanan dalam penjara itu bagaimanapun enggan keluar sebelum tuduhan serta fitnah yang dikenakan ke atas dirinya diterangkan. Nabi Yusuf ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci daripada dosa. Raja Mesir yang sudah banyak kali mendengar kehebatan Nabi Yusuf mentafsir mimpi mula berasa hormat kepadanya dan mendengar tuntutannya agar diselesaikan lebih dahulu. Ia adalah tuduhan dan fitnah yang dilemparkan atas dirinya. Tuntutan Nabi Yusuf diterima raja Mesir dan segera dikeluarkan dari penjara.
Kemudian raja memerintahkan supaya mengumpulkan wanita yang menghadiri jamuan makan Zulaikha yang terhiris hujung jari tangan masing-masing ketika melihat wajahnya. Di hadapan raja mereka menceritakan apa yang mereka lihat dan alami. Mereka menyatakan Nabi Yusuf seorang yang jujur, soleh, bersih dan bukan dialah yang salah dalam peristiwa dengan Zulaikha. Zulaikha pun dalam pertemuan itu, mengakui memang dialah yang berdosa dalam kejadian dengan Yusuf. Dialah yang menyuruh suaminya agar memenjarakan Yusuf untuk memberikan gambaran palsu kepada masyarakat dialah yang salah dan memperkosa kehormatannya.
Hasil pertemuan raja dengan wanita-wanita itu, dihebahkan agar seluruh lapisan masyarakat mengetahui hal yang sebenarnya. Dengan demikian tersingkaplah cerita sebenar peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha. Atas perintah raja, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara secara hormat, bersih dari segala tuduhan. Beliau kemudian pergi ke istana bagi memenuhi undangannya.

Sunday, August 22, 2010
6O Petua Mendapatkan Pasangan
60 Petua Mendapatkan Pasangan daripada Pakar Motivasi Terkenal Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya
.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
How to Get HIM Back???
Learning To Win Him Back In Simple Step...
Unfortunately, breakups are something that everyone has had to go through at least once in their life. It can be extremely difficult when you loose the love of your life and all you can think about is getting back with him. Sometimes the reasons are obvious as to why he left in the first place but other times its not that simplistic. In some cases it was the woman who left the perfect guy only to realize that she had made a mistake.
Now the big question on your mind is 'how to get him back'. The first thing you need to do is find out what made you break up with him or what made him break up with you. The reason behind the breakup is one of the most important pieces of knowledge you can know when you are learning how to get him back. If the reason had anything to do with one or both of you being controlling, possessive, abusive, or a cheat you may want to think hard before you go through with the rest of the steps.
Do you remember the reason he wanted to be with you in the first place? If that reason has changed about you this could be a key reason he left. You should go back to being the girl that he met and fell for in the beginning, Many people have been known to change personalities or become much more open with what they say or do. Sometime this is ok, but for others it may not be the best thing. You may be thinking that he did not really love you if he can't accept all of you but this may not be true. You may find that there is something about him that you cannot accept either.
Take your past memories with him and use them as a weapon, so to speak. Take memories of great times the two of you shared and share them with him; this may help him realize that he is missing out on something. If you ever wore an outfit around him that he absolutely love, wear it again and make sure that he sees you in it. Again, this will help him see that he may be missing out on something now that you are not with him anymore. This isn't to make him jealous but just make him see what he did in the past.
Talk to him, whether over the phone or over coffee, let him know how bad you feel that things didn't work out and that if you were given the chance you would like to try again. Just be flat out honest with him. Girls don't realize it but a lot of guys love it when they are being honest with them about how they really feel. Ask him what went wrong in the relationship and if there is any room for fixing the problem.
These are just a few of the great ways to help you learn how to get him back. You have to realize, though, that you cannot make him feel something for you if he does not. The only way you will be able to get him back is if he feels the same way about you as you do him. Trying to force a man to be with you can only make him hate you. Also, if it seems like he is taking advantage of you, break it off immediately and leave him alone.
Tuesday, August 3, 2010
DUNIA CIPTAAN KU
Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan SELAMAT MALAM kepada yang melewati ruangan coretan ini..Apa khabar kalian??Doaku agar kalian sihat-sihat sahaja...Keadaan diriku yang tidak menentu mengurangkan kesempatan untuk aku terus berada di sini bersama-sama luahan hati dan perasaan..Tetapi aku gagahi diri ini untuk terus mencoret kan sesuatu di ruangan maya ini...Mungkin tiada yang membaca,mungkin belum mengenal diri ini,mungkin tidak tahu apa yang ku lalui,pengalaman,perjuangan yang masih panjang serta pengorbanan memberi ruang kepada aku untuk bermadah..Aku hanya manusia biasa yang meyimpan pelbagai memori,beraneka ragam,berbagai kerenah dan kenangan. Hati ini meronta-ronta ingin benar ku selami hati seluruh makhluk di muka bumi ini,hati setiap insan yang mendampingi ku,tetapi apakan daya aku hanya insan biasa yang kadangkala aku tidak mampu menawan seluruh pelusuk hati kalian. Ada ketikanya aku tewas di dalam perjuangan diri ku sendiri hanya untuk mengusik ruangan hati kamu...Tetapi aku tidak pernah merasakan itu sesuatu kejatuhan,aku akan terus mencuba dan mencuba hingga ruangan kamar hati itu terus diusik dengan keletah ku bukan dengan kedengkelan diri ini. Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa kegagalan itu,kadang-kadang aku rasa semuanya bagaikan sudah tidak ada makna lagi..Bermacam-macam perasaan terpaksa ku lewati hanya untuk membuat kalian bahagia,tersenyum riang di sampingku.. Benar,aku hanya mencuba tetapi kalian sendiri yang menilai setiap titik-titik yang ku coretkan di hati kalian. Aku pernah merasa kegagalan hanya untuk membuat insan sekelilingku tersenyum gembira,especially my parents...Terlalu banyak kehampaan yang ku curahkan di hati mereka, aku sedar semua itu di atas kesilapan diri yang leka dengan dunia ciptaan ku sendiri dunia yang ku tidak pasti di mana penghujung dan di mana berakhirnya sebuah cerita..Aku bertuah walau sebesar mana kehampaan mak dan ayah sekalipun mereka tidak pernah penat untuk terus mendampingi ku,tidak pernah penat mengharapkan sebuah kejayaan untuk ku hadiahkan kepada mereka. Kasih kan ibu dan ayah tidak ternilai...Hingga di sini sahaja dapat ku coretkan,semoga masih ada sinar untukku untuk terus membuat kalian bahagia denganku...Terima kasih kepada yang masih bersamaku,kepada yang pergi meninggalkan ku terima kasih juga buat kalian kerana pemergiaan kalian mengajarku untuk terus tabah melewati hari ku yang mendatang.
Subscribe to:
Posts (Atom)