Monday, December 13, 2010

NASIHAT DAN BIMBINGAN UNTUK PUTERA PUTERIKU By Sheikh Ali Thantawi (2)

NASIHAT DAN BIMBINGAN UNTUK PUTERA PUTERIKU By Sheikh Ali Thantawi (2)

Disediakan Oleh :Allia Yunus

Pendahuluan

Dengan nama Allah, segala pujian adalah untuk Allah s.w.t., selawat serta salam kita ucapkan kepada Rasulullah s.a.w.

Enam puluh tahun saya berpidato dan menulis, belum pernah karya saya mendapat perhatian melebihi penulisan ini, terutamanya mengenai “Wahai Puteriku”, yang saya tulis pada tiga puluh tahun yang lalu. Ketika itu umurku menjangkau setengah abad.

Sekaranag seperti yang tercatat sudah empat puluh enam kali karya ini diulang cetak dan entah berapa kali pula yang tidak saya ketahui. Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan kesihatan dan husnul khotimah. Juga agar niat saya menulis untuk berdakwah ini, diberikan curahan pahala oleh Allah s.w.t . saya mengaharapkan para pembaca mengucapkan “amin”.

Dewasa ini kita diserang dari dua jalan iaitu Jalan Syubhat (perkara yang meragukan) dan Jalan Syahwat. Penyakit syubhat adalah penyakit yang lebih parah dan lebih besar bahayanya. Penyakit ini menular dengan lambat dan tidak semua orang mampu menerimanya. Pemuda dan remaja yang dibangkitkan dan dibangunkan oleh nafsu syahwatnya menerusi jalan syubhat ini akan terus menyambut dan menerimanya. Manakala penyakit syahwat adalah penyakit yang cepat menjalar dan meluas. Tingkatan bahayanya adalah terbatas pada menyusahkan. Penyakit ini tidak memusnahkan dan tidak mematikan. Manakala penyakit syubhat boleh membawa kepada kekufuran dan boleh merosakkan malah terus membinasakan penghidapnya.

Dari tulisan pertama tiga puluh tahun yang lalu dan kemudian diulang cetak sehingga sekarang ini, tiada satu huruf pun yang saya ubah, ia tetap dengan keasliannya. Kerana, apa yang ada itu telah tersebar luas, dibaca oleh orang-orang di Barat ataupun di Timur. Selain dalam tulisan asalnya iaitu bahasa arab, juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Urdu.

Akhirnya, saya memohon keampunan dari Allah.

12 rabiulawwal 1406H

Syeikh Ali Thantawi

KEPADA PUTERIKU

Wahai puteriku…..aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia lima puluh tahun.[1] ([1] ketika kali pertama menulis makalah ini, beliau berusia lima puluh tahun. Sekarang beliau sedang menghampiri usia lapan puluh tahun.). Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…. Banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakkan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan….sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk Negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk.wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda Negara demi Negara, tanpa satu pun Negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukan engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga ke hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri: “ silakan masuk”….. dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak…..”Tolong….tolong….aku kecurian”.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu….iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatan lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku... Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang di hadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan engkau percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab". Bohong... Bohong... Bohong... Demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan diantara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku?

Renungkanlah!

Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan…. Sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau …. Akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamaynya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.

Engkau sedih dan muram.

Engkau bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan …. Diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: “Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat”.

Tapi engkau….?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas…. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya..... Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang lebih jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat kau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya….. Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.

Sesudah itu…. dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku...

Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik”.

Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaannya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun…..tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya…..dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada dibawah perkahwinan.

Lelaki pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yang bejat dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya dibawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya…dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta syariat binatang. Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku, suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatanmu!

Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?

Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.

Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya akan menjadi mangsa dan korbannya.

Hampir di setiap rumah dinegeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.

Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri. Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku...

Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.

Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan kepada mereka:

“anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti sekarang ini apakah akan terus bertahan?

Bagaimana nasib anda nanti setelah tua? Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok? Siapakah nanti akak menguruskan anda? Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda? Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi? Hanya anak dan cucu-cucunya! Di tengah-tengah rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.

Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini?

Bagaimana derita anda dikemudian hari? Anda lebih tahu dari kami.[2]

[2] Ketika aku sedang berjalan di kota Brussel (Belgium), berhampiran dengan tempat lintasan pejalan kaki, aku melihat seorang nenek tua dengan susahnya menyeberangi jalan itu. Dengan tubuh yang mulai membongkok dan badan yang gementar, dia berusaha sendiri menyeberangi jalanraya yang banyak kenderaan. Dia menyeberang tanpa seorangpun merasa perlu membantunya. Orang-orang disekitarnya tidak mengendahkannya, seolah-olah apa-apapun terjadi terhadap nenek tua itu ditanggung sendiri risikonya. Aku berjalan dalam bangunan. Aku berkata kepada kawan-kawan aku: “mari kita Bantu dia”. Salah seorang anggota rombonganku adalah Dr. Nadim Dhibyan, dia telah menetap di Brussel lebih dari empat puluh tahun. Dr. Nadim berkata: “ tahukah anda siapa wanita tua itu? Dia ketika muda, adalah wanita tercantik di negeri ini, amat terkenal dan setiap penampilannya mengundang perhatian orang. Ramai lelaki yang tergila-gila kepadanya. Cukup terkenal dan cantik, sehingga ada lelaki tidak merasa saying untuk mengeluarkan wang yang banyak walaupun sekadar melihat muka dan gayanya dalam pertunjukan atau menjamah tubuhnya. Tetapi sekarang, sesudah usia mudanya berlalu dan kecantikannya menjadi layu, lelaki terasa geli tubuhnya untuk mengangkat, menolong dan menyeberangkannya di jalan sesak itu.

Cuba anda renungkan “ apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya itu dengan penderitaan-penderitaan anda?

Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus dengan harga sebegitu mahal?

Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.

Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak berhasil. Ya cukuplah... anda perlu menukar sasaran. Lakukan pencegahan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita-wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.

Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mangajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastic, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.

Biasanya adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan.[3]

[3] Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa yang singkat, tetapi dengan perlahan-lahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan perubahannya.

Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan proses ini berjalan perlahan-lahan selama berabad-abad. Sebaliknya,kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak. Tetapi apabila anda dating setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera. Demikianlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.

Majalah dan surat khabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas. Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai Islam.

Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini. Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu. Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.

Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya. Tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya. Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.

Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke Negara-negara Barat. Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di Negara muslim atau di Negara yang majoritinya muslim.

Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri. Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibubapanya. Contoh-contoh seperti aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya.jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.

Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah : Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya. Manakala di tempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama). Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas. Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.

Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa. Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki. Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.

Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.

Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan. Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu “tuntutan zaman” “seni dan budaya” “kehidupan kampus” “alam mahasiswa atau pelajar” “ semangat kesukanan”. Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.

Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan. Apa-apa yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat. Eropah mengirimkan tarian, diterima! Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru! Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar. Sebaliknya yang datang dari Timur di pandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara-suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan san kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.

Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak “produknya” sendiri. Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah. Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.

Apakah Pergaulan Bebas Dapat Membendung Gelojak Nafsu Syahwat?

Mereka menjawab: “Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti “mulia” dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.

Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.

Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat ulama', paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif daripada pergaulan bebas.

Amerika, Negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat. Lalu, dimanakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di Negara kita?

Apa yang aku tulis bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis. Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan “persamaan dan kebebasan” “kemajuan dan modenisasi” “kebudayaan dan kesenian” “kehidupan kampus” “alam pelajar dan mahasiswa”. Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.

Aku adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikit pun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.

Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorang pun akan datang membantu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku...

Itulah nasihatku yang hak dan benar,

mudah-mudahan engkau mahu mendengar.

Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,

yang mengajak kepada kelalaian.

Hanya ditanganmu wahai puteriku,

bukan di tangan kami kaum lelaki.

Hanya ditanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.

Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu,

maka pasti seluruh umat akan menjadi baik...

KEPADA PUTERAKU

Tulisan di bawah ini adalah jawapan kepada surat seorang pemuda bernama MA, berasal dari Ismailiyah, Mesir. Dia meminta agar aku menjawab suratnya dan menyebarkannya dimedia massa. Surat itu aku terima pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama aku jawab dan aku sebarkan.

Puteraku.

Kenapa engkau menulis surat itu dengan perasaan ragu dan main-main? Apakah engkau mengira hanya engkau saja mempunyai perasaan seperti itu.

Puteraku...

Getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang rasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang rasakannya.

Puteraku, usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang lain, muda mahupun tua.

Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya serupa dengan godaan nafsu seperti yang engkau alami sekarang.

Engkau ungkapkan dengan terbuka, lalu orang lain tahu dengan harapan agar mereka tidak mudah tertipu, sementara mereka menutupinya seperti bungkusan coklat yang ditutup dengan rapi dan indah. Engkau teguk air dari sumbernya terus kemulutmu. Sedangkan yang lain minum dengan gelas terukir emas. Air di dalam gelas Abu Nawas yang pernah dimilik oleh Kaisar Parsi, serupa dengan air dari mata air yang engkau minum.

Nafsu syahwat (seksual) yang engkau huraikan dalam suratmu itu adalah sama dengan nafsu syahwat yang dihuraikan dengan cumbuan para penyair atau gambar-gambar para pelukis atau suara merdu penyanyi.

Engkau sampaikan masalahmu dengan hati terbuka, sedang orang lain berusaha menyembunyikan isi hatinya. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.

Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Baginya wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah ….menarik………menawan……sempurna…..seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.

Patung bagi seorang penyembah berhala adalah tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.

Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga…..ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya?adakah ini satu cabaran!

Sekiranya kita kembali berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah.... berkahwin!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah iaitu…….berkahwin!!!

Ketiga-tiga alternatif tersebut ialah:

1. Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan didinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer dimeja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi

Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila dan putus asa.

2. Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri, menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.

3. Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.

Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan keghairahan untuk bekerja secara bebas.

Puteraku...

Jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.

Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?

Kita pernah mengenali jaguh-jaguh sukan berkaliber dunia, atlit olahraga, penggusti, pemain bolasepak atau lain-lain lagi. Tetapi oleh kerana mereka menuruti dorongan nafsu syahwat, akhirnya turunlah prestasinya.

Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit.[4]

[4] Allah s.w.t memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doctor sudah menemui ubat untuk penyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terskhir, dimana manusia tidak lagi dapat menolak dan mencegahnya, iaitu HAri Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap orang kufur dan berdosa.

Kita dapat melihat, betaparamai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.

Ada pepatah barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya."

Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.

Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.

Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelurnya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kali dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan februari.

Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.

Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan…..disembelih.

Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.

Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.

Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhirnya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.

Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja.

Apabila Qosim Amir, iaitu tokoh penganjuran pergaulan bebas bangkit dari kuburnya, pasti akan kehairanan melihat segala perubahan ini. Dia benar-benar kaget seperti orang yang disambar petir. Sebab yang dikehendakinya bukanlah kebebasan seperti sekarang ini.

Puteraku...

Aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.

Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu lebih besar dari kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.

Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenarnya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.

Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun, menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat terkutuk.

Wahai Puteraku...

Semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.

Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu kecuali digantinya dengan yang lebih baik.

Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan dan perkahwinan.

Jadi ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!

Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Saya menyarankan, agar organisasi social kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.

Puteraku...

Apabila engkau tidak mampu untuk bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah, menyibukkan diri dengan pekerjaan atau ketrampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.

Resepi yang kedua ini bersifat alternative, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan sementara.

Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.

Puteraku...

Sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai, mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan membiasakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi.Ketahuilah sesungguhnya, alasan-alasan itu adalah kebodohan yang besar.

Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.[5]

[5] Negara-negara Skandinavia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnta untuk melakukan pergaulan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: “apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?” mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apa-apa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografitelah melampaui batas-batas yang dapat diterima masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goring, tersebar di mana-mana. Filem lucah yang melampaui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahy mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.

Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung pertemuan mereka.

Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, dimana jumlah pemudanya mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia dilacurkan.

Untuk menjaga “keadilan”, apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?

Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghunyinya ialah lelaki?

Omongan kosong puteraku.

Demi Allah, semua itu kebohongan besar.

Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal

Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu

Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.

Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebarnya olahraga.

Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.

Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu sebenarnya hanyalah slogan kosong saja.

Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan program-programnya dengan mengelabui mata masyarakat.

Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya, dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.

Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untuk mendapat gelaran moden.

Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na’uzu billaahi minzaalik.

Puteraku...

jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini kurang memuaskanmu.

Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. Itu adalah sebagai pemberian Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai tubuh dan keperkasaan sebagai pemuda.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi dan lain-lain lagi.

Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi kenikmatan.

Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Jika engakau masih belum puas, Insya Allah pada penerbitan buku yang lain akan aku huraikan dengan lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment