Thursday, May 19, 2011

Rahsia Mendapat Anak Yang soleh

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum dan selamat pagi... Mulakan hari mu dengan senyuman.Mudah-mudahan senyuman itu mampu menyembuhkan penyakit,mengurangkan bebanan (=.

Pagi ni aku nak kongsi satu artikel yang menarik untuk para ibu dan bapa.Serta buat bakal ibu,bakal bapa....Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu...

Sebelum tu Credit to I Luv Islam.com serta Prof. Madya Dr.Norita Md Norwawi

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]

Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

  • Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
  • Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, janganunder estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.
  • Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
  • Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
  • Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Akhir kalam :

"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."


Biodata Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi

Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah mengambil pengajian ijazah sarjana muda di University of New South Wales Australia (Sains Komputer), sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (Sains Komputer) dan PhD di Universiti Utara Malaysia (Artificial Intelligence)


Semoga artikel ini dapat dikongsi dan dijadikan panduan untuk kita bersama...


Foot note: Semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh suatu hari nanti...amin..

Wednesday, May 18, 2011

Cerita orang muka ketat!

Prepared by: Allia Yunus

Ok.aku nak cerita la pasal penghulu ni...dekat kawasan aku.Ceritanya begini,dah banyak kali parent aku jumpa mereka-mereka ini untuk mendapatkan pengesahan!So,kenalah jumpa mereka...Nak jadikan ceritanya adalah mengenai orang-orang begini yang muka mereka ketat tahap (malas aku nak sebut tahap apa) pikirlah sendiri!

Aku nak ingatkan kepada manusia begini,jangan pandang rendah pada kami.Apa kau ingat kami ni binatang nak layan dengan muka ketat tu!

Hey,jangan ingat kami ni bodoh.Ye aku tau kebanyakkan yang nak dapatkan pengesahan penghulu ni datang dari kawasan kampung.Tak bermakna orang kampung ni boleh dilayan macam tu. Sebab siapa pun mereka,mereka tetap manusia..Cuba lah mesra alam sikit,ni masuk-masuk muka dah ketat cam apa je.Aku angin jugak lah,sebab selalu jugak jumpa dengan manusia cam ni.

Walaupun datang dari kampung,ramai je manusia dekat Malaysia ni datang dari kampung jadi orang berjaya..Ntah-ntah manusia yang muka ketat ni pun datang dari kampung jugak,tapi sebab dah rasa diri tu manusia hebat tu yang sanggup nak pandang rendah dekat orang lain.Tapi tak kisahlah dari mana pun datangnya,kita sama-sama manusia.Apa salahnya berbaik-baik. Encik penghulu,dah banyak kali hal ni terjadi,tapi sebab diamkan je tu yang buat hal lagi kan?betul tak?aku harap ada manusia macam ni baca entri aku kali ni.Sumpah!aku bengang gila!sedar la diri tu sedikit!Jangan suka-suki mak bapak hang je nak pandang,nak layan cam tu! Ikut kan hati,aku nak je buat aduan kepada yang berwajib.Sebab budi bahasa ni budaya kita wahai rakyat malaysia..Berbudi la bila berkomunikasi.Macamana nak dapat respect daripada orang kalau dah muka ketat?Cuba pikir?Muka ketat,rezeki pun susah nak masuk.Senyum tu kan sedekah.So,senyum tu senang je nk dapat pahala..Wahai encik,renung-renungkanlah dan selamat beramal..Susah sangat ke nak beramah-mesra.Slogan budi bahasa budaya kita tu apa guna?Kerajaan buat kempen tu bukan untuk suka-suka,tapi nak sedarkan kita insan sekalian.Gunakan slogan tu sebagai amalan.Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga..

Peringatan kepada yang berkenaan dan seluruh jagat: jadikan mesra alam tu satu amalan.walaupun sekadar berpada-pada...Senyum lah,tau tak manis bila kita senyum :) so,senyum lah selalu....


Foot note: Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.


Phishing

Prepared by: Allia Yunus''

Hari ni aku nak sambung cerita pasal internet lagi.Semalam aku cerita pasal hacker,sekarang nak cerita pulak pasal phishing..Phishing bukan fishing ok :)...

Dekat bawah ni aku letak sedikit info mengenai phishing,so boleh lah anda jadikan ia sebagai panduan semasa menggunakan internet ok =)

Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam. Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website. Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal.

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.

Jika anda menerima emel yang meminta supaya menukar katalaluan akaun bank anda, berhati-hati kerana ia mungkin satu perangkap.

Berikut salah satu contoh emel phishing:

Dear Valued Customer,

Due to maintenance during the Sunday 12 November 2006, The Maybank Technical Department is performing a scheduled software upgrade to improve the quality of the online banking services. By clicking on the link below you will begin the procedure of the customer details confirmation.

https://www.maybank2u.com.my/mbb/scripts/mbb_update.jsp?do=Update

Once you have updated your account records, your Maybank account service will not be interrupted and will continue as normal.


Sebaik sahaja anda klik pautan diatas, anda akan dibawa ke laman web palsu yang sama rekabentuknya seperti laman web rasmi:

Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing.

E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk melakukan serangan phishing. Dalam banyak kes kita mendapat e-mel palsu yang tampaknya telah datang dari laman yang dipercayai. di sini seorang penggodam boleh meminta pengguna untuk mengesahkan username dan password dengan membalas ke alamat e-mel yang diberikan.

TEKNIK SERANGAN PHISHING


1. Pautan Manipulasi

Sebahagian besar kaedah phishing menggunakan beberapa bentuk penipuan teknikal yang direka untuk membuat link dalam e-mel yang kelihatan seperti milik beberapa pertubuhan yang dipercayai atau organisasi palsu. URL yang salah ejaannya atau penggunaan subdomain adalah trik umum digunakan oleh phisher, seperti contoh URL dibawah:

www.micosoft.com

www.mircosoft.com

www.verify-microsoft.com

dan bukannya www.microsoft.com


2. Filter Evasion

Phisher telah menggunakan gambar (bukan teks) yang membuatkan ia lebih sukar untuk anti-phishing mengesan teks yang umum digunakan dalam e-mel phishing. Ini adalah alasan Gmail atau Yahoo akan mematikan gambar secara default untuk emel yang masuk.


Bagaimanakah rupa serangan phishing/scam?

Apabila kaedah penipuan menjadi lebih canggih, begitu jugalah mesej e-mel dan tetingkap pop up yang telah dicipta. Mereka sering memasukkan logo rasmi dari organisasi nyata dan maklumat pengenalan lain yang diambil secara terus dari laman web yang sah.



Tuesday, May 17, 2011

Hacker

Prepared by: Allia

Okay,malam ni aku nak kongsi detail pasal hacker ni!hahaha...sekarang ni aku ada la jugak tengok hackers ni hack account fb!apa yang aku dapat dari pengamatan mata kasar aku,untuk elakkan account fb kita or anything related to internet kena guna antivirus yang baik!which mean guna antivirus seperti AVG or Kapersky internet security!and lagi satu privacy setting kita terlalu simple yang membuat kan hacker ni senang nak hack...system security tak bagus la maksudnya!ada faham? Ada la aku tengok satu account fb ni di hack oleh sekumpulan hackers!btw diorang ni tak lah jahat sangat seperti yang kita sangkakan.. Hari ni hackers ni dah pulangkan fb tu kepada tuannya..eheh..nasihat hackers tu kepada mereka adalah tingkatkan system security!so u all tingkatkan security system untuk mengelakkan anda di hack...


Hacker ni cam virus jugak bagi aku..sebab orang yang cipta virus tu adalah pencipta antivirus!haha..so same je!tapi hacker ni lebih kepada mengakses kod,and anything yang berkaitan dan sewaktu dengannya. Untuk lebih jelas aku sertakan info yang aku dapat..as shown below!

Hacker is a term used by some to mean "a clever programmer" and by others, especially those in popular media, to mean "someone who tries to break into computer systems."

1) Eric Raymond, compiler of The New Hacker's Dictionary, defines a hacker as a clever programmer. A "good hack" is a clever solution to a programming problem and "hacking" is the act of doing it. Raymond lists five possible characteristics that qualify one as a hacker, which we paraphrase here:

  • person who enjoys learning details
    • of a programming language or system
      • A person who enjoys actually doing the programming rather than just theorizing about it
        • A person capable of appreciating someone else's hacking
        • A person who picks up programming quickly
        • A person who is an expert at a particular programming language or system, as in "UNIX hacker
      • Raymond deprecates the use of this term for someone who attempts to crack someone else's system or otherwise uses programming or expert knowledge to act maliciously. He prefers the term cracker for this meaning.

        2) The term hacker is used in popular media to describe someone who attempts to break into computer systems. Typically, this kind of hacker would be a proficient programmer or engineer with sufficient technical knowledge to understand the weak points in a security system. For more on this usage, see cracker.


        Di atas ni a little bit about hacker,hacker ni pun ada sejarahnya seperti berikut: Asal pertama kata "Hacker" sendiri berasal dari sekitar tahun 60-an di Las Vegas. Mereka telah mengadakan sebuah permainan (Game) yang menggunakan sistem jaringan komputer (networking) dimana cara permainan itu adalah dengan berusaha untuk masuk ke sistem komputer lawan (pemain lainya) dan melumpuhkannya. Dari sinilah kemudian orang-orang menamakan sekelompok anak-anak muda yang mengikuti permainanan ini sebagai "Hackers" iaitu sekelompok anak-anak muda yang mampu merosakkan dan melumpuhkan sistem komputer orang."

        Note: Para Hacker sejati sebetulnya memiliki kode etika yang pada awalnya diformulasikan dalam buku karya Steven Levy


        Lepas baca entri ni ada tak yang bercita-cita nk jadi hacker?ahhaha..tetiba aku bercinta-cita nk jadi hacker?ada ke org setuju?tapi dekat mana aku nk cari manusia-manusia berjaya yang jadi hacker ni...ahahks!sampai ketemu lagi okies!adios amigossssssssssss...good niteeeeeeeeeeee...xoxo

Hacker

Prepared by: Allia

Okay,malam ni aku nak kongsi detail pasal hacker ni!hahaha...sekarang ni aku ada la jugak tengok hackers ni hack account fb!apa yang aku dapat dari pengamatan mata kasar aku,untuk elakkan account fb kita or anything related to internet kena guna antivirus yang baik!which mean guna antivirus seperti AVG or Kapersky internet security!and lagi satu privacy setting kita terlalu simple yang membuat kan hacker ni senang nak hack...system security tak bagus la maksudnya!ada faham? Ada la aku tengok satu account fb ni di hack oleh sekumpulan hackers!btw diorang ni tak lah jahat sangat seperti yang kita sangkakan.. Hari ni hackers ni dah pulangkan fb tu kepada tuannya..eheh..nasihat hackers tu kepada mereka adalah tingkatkan system security!so u all tingkatkan security system untuk mengelakkan anda di hack...


Hacker ni cam virus jugak bagi aku..sebab orang yang cipta virus tu adalah pencipta antivirus!haha..so same je!tapi hacker ni lebih kepada mengakses kod,and anything yang berkaitan dan sewaktu dengannya. Untuk lebih jelas aku sertakan info yang aku dapat..as shown below!

Hacker is a term used by some to mean "a clever programmer" and by others, especially those in popular media, to mean "someone who tries to break into computer systems."

1) Eric Raymond, compiler of The New Hacker's Dictionary, defines a hacker as a clever programmer. A "good hack" is a clever solution to a programming problem and "hacking" is the act of doing it. Raymond lists five possible characteristics that qualify one as a hacker, which we paraphrase here:

  • person who enjoys learning details
    • of a programming language or system
      • A person who enjoys actually doing the programming rather than just theorizing about it
        • A person capable of appreciating someone else's hacking
        • A person who picks up programming quickly
        • A person who is an expert at a particular programming language or system, as in "UNIX hacker
      • Raymond deprecates the use of this term for someone who attempts to crack someone else's system or otherwise uses programming or expert knowledge to act maliciously. He prefers the term cracker for this meaning.

        2) The term hacker is used in popular media to describe someone who attempts to break into computer systems. Typically, this kind of hacker would be a proficient programmer or engineer with sufficient technical knowledge to understand the weak points in a security system. For more on this usage, see cracker.


        Di atas ni a little bit about hacker,hacker ni pun ada sejarahnya seperti berikut: Asal pertama kata "Hacker" sendiri berasal dari sekitar tahun 60-an di Las Vegas. Mereka telah mengadakan sebuah permainan (Game) yang menggunakan sistem jaringan komputer (networking) dimana cara permainan itu adalah dengan berusaha untuk masuk ke sistem komputer lawan (pemain lainya) dan melumpuhkannya. Dari sinilah kemudian orang-orang menamakan sekelompok anak-anak muda yang mengikuti permainanan ini sebagai "Hackers" iaitu sekelompok anak-anak muda yang mampu merosakkan dan melumpuhkan sistem komputer orang."

        Note: Para Hacker sejati sebetulnya memiliki kode etika yang pada awalnya diformulasikan dalam buku karya Steven Levy


        Lepas baca entri ni ada tak yang bercita-cita nk jadi hacker?ahhaha..tetiba aku bercinta-cita nk jadi hacker?ada ke org setuju?tapi dekat mana aku nk cari manusia-manusia berjaya yang jadi hacker ni...ahahks!sampai ketemu lagi okies!adios amigossssssssssss...good niteeeeeeeeeeee...xoxo

Saturday, May 14, 2011

Hal yang perlu di lakukan untuk mendidik anak supaya tak jadi degil

Prepared by: Allia Yunus

ahahha...entri kali ni khas buat para ibu dan bapa..tak lupa jugak yang bakal bergelar ibu dan bapa..jom baca..semoga boleh jadi guide untuk mendidik anak...bercerita tentang anak,aku seronok tengok baby dan jugak anak-anak..yela aku tkde anak lagi.belum tiba masanya...dan bila masa itu tiba insyaallah ada lah (=..ok tak nak merepek panjang jom kita baca...entri ni aku dapat di laman sesawang muka buku...aaahha


1. Semasa anak, isteri atau suami sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda atau kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar, atau apa sahaja. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Sabtu yang tanpa arah

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum,selamat malam...pe khabar semua?sihat ke?actually aku tak tau nk tulis apa dekat sini..still got no idea what to type...but its ok i'll try to figure something that we can share ok :)

okay dekat sini aku provide kan link :19 hadith Nabi Muhammad tentang wanita....

Buat para wanita di luar sana bersyukur kerana menjadi wanita..dan buat para lelaki anda juga seharusnya bersyukur dengan kurniaNYA

Wednesday, May 11, 2011

Wednesday

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum,pembuka bicara serta Salam sejahtera..Hari ni aku bangun pada jam 6.15am seperti biasa menunaikan tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang Islam.

Jam 6.30am aku mula melipat pakaian yang telah dibasuh dan dijemur hari sebelumnya..Ye inilah tugasan ku setiap pagi sebelum melakukan aktiviti lain.

Actually,aku ada plan yang lebih bermakna dalam kehidupan..cewah...ahaks!tk boleh blah....nk tahu apa?yes!sebenarnya aku dah plan nk pg jogging every morning around 6.30am...haha...bagus kan idea dan plan ni?sebab sebelum ini aku dh pernah try buat benda ni.Pergh aku berjaya kurus...ahaks!dlm masa lebih kurang satu bulan lebih aku amalkan jogging setiap pagi,main badminton setiap petang,breakfast dengan segelas quacker oat,lunch aku hanya lauk (tk kisah ikan or ayam or daging),sayur wajib ada (tk cerewet dalam makan sayur) nasi secawan.sebelum jam 7pm aku ambik secawan susu sebagai dinner.Ahaks!aku berjaya mendapatkan kembali berat badan ideal aku..tapi lepas balik masuk belajar aku tk sempat nk bt semua tu...hurm bukan tak sempat tp sbb mungkin tkde supporters!

Bila badan aku dah kembali ke ideal weight,kawan aku yg dh lama tk jumpa lepas cuti sem terkejut dengan perubahan diri aku..Ada yang kata aku makan pil kurus.Hey babe sorry ye pil-pil kurus ni semua tak layan..ahah..gua,diet babe!ada yang ckp aku tipu,so up to u guys!i dont mind..yang penting aku ada berat yang ideal dan menarik..eheh..perasaan kan..tk kisahlah ni diri aku....

Berbalik kepada cerita yang tkde supporters tu...badan aku naik mendadak sampai lah sekarang..so mulai hari dan saat ini aku berazam untuk kembali kan ideal weight aku...Yeah!lepas ni boleh pakai dah lah semua baju aku tu..hehehe

Ok,actually hari ni tk memasak sangat pun,aku baru je lepas masak sayur sawi and makanan semalam still boleh makan so just panaskan..tk perlulah membazir kan?Petang nanti aku belum ada plan lagi...maybe main badminton kot start jam 6pm kalau diizinkan Tuhan...eheheh...hati dah tak sabar nak balik ke ideal weight aku tu....Good Luck Miss Allia. I know you can do it! You'll get it,dont bother anything.Just think about yourself.Trust yourself!


Ok sampai sini saja merapu aku...Nanti aku update lagi okies!tataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Muahsssssssssssss

Tuesday, May 10, 2011

Tanganku kembali bercerita

Prepared by: Allia Yunus

Assalamualaikum....dah lama rasanya aku tak jenguk-jenguk tinta secanggih ni..Ye sejak dua menjak ni kesibukan melanda diri.Mana taknya,assignment,test,final exam dan blablabla....

Sekarang aku dah ada ruang nak mencurahkan apa yang tersimpan di lubuk hati...amboi jiwang karat..ahaks!takde maknanya nk jiwang...actually sekarang aku dah semester break!yeahooooo....untuk 4 bulan ni aku akan berada di rumah..belum ada plan untuk kerja...

Sementara dekat rumah ni,aku akan menjalankan tugas sebagai suri rumah ...yeah!mengemas,mengemop,mencuci,memasak..erk memasak ke?ahahha..kadang-kadang je la...tapi boleh la...apa meng,men lagi ye?mengemas rumah...buat masa ni angah ada dekat rumah lagi..so dia boleh la tolong aku lagi bt semua tu..tapi lepas ni angah dah nak masuk Matrik sambung belajar..adoi sape nk tolng ni?haish...aku boleh tnya sape nk tolong aku kan?Bonda?Bonda tk pernah merungut pun menjalankan tanggungjawab dia sebagai ibu,sebagai isteri pun selama ni...Aku?Aku baru buat benda sikit dah nak mintak tolong.apa lah nk jadikan?Bonda,anak bonda ni bukan lah pemalas,tapi tak tau lah bahasa apa nk gelarkan anak bonda ni...

Apa-apapun Bonda tetap yang d'best di hati ayahanda,di hati adinda-adinda ku..Bonda tak pernah mengungkit begitu juga ayahanda.tak pernah meminta kembali apa yang telah diberikan...Bonda dan ayahanda,hati kalian sungguh mulia.Dan aku yakin semua ibu,ayah,emak,abah,mama,papa,umi,abi sama seperti bonda dan ayahanda ku...Kalian sungguh mulia.

Bonda,ayahanda...Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan yang selama ini telah kalian berikan buat kami adik-beradik...Sampai akhir hayat pun,jasa kalian tidak mungkin anakanda dapat balas...terlalu besar apa yang telah kalian berikan buat diri ini...Terlalu besar,tidak mampu ku hitung semua itu..Jasamu begitu tulus,ikhlas mu penawar segalanya.Bonda,ayahanda...Kasih dan sayangmu tiada bandingannya..I LOVE YOU...untill the end of my life...I would spend my lifetime loving u....